Banjir paling buruk melanda Lembah Mississippi di Amerika Syarikat dalam tempoh 70 tahun, menenggelamkan rumah-rumah, ladang-ladang dan jalan raya selepas paras air Sungai Mississippi naik lebih enam kali ganda daripada paras biasa.
Banjir itu berlaku kerana hujan lebat sejak bulan lalu yang menyebabkan air sungai dan anak sungai meningkat serta akibat salji tebal yang cair.
Jurutera tentera pada Selasa lalu menjalankan pemeriksaan di kawasan tebing yang ditenggelami air di Memphis, Tennessee, di mana lebar Sungai Mississippi kebiasaannya sekitar 800 meter, kini mencecah n 4.8 kilometer lebar.
Daryl Hissong dan anak lelakinya berusia tiga tahun merupakan antara beribu-ribu mangsa banjir yang terpaksa meninggalkan rumah mereka yang dilanda air lumpur akibat banjir teruk itu.
Mereka mengemas barangan mereka pada hari Ahad lalu dan keesokan paginya air naik hampir dua meter di dalam rumah mereka yang terletak di pinggir bandar Memphis.
"Kemungkinan besar ia (banjir) akan mengambil masa sehingga sebulan untuk keadaan kembali reda," ujar Hissong kepada AFP.
Tambak semula jadi telah melindungi kebanyakan kawasan Memphis daripada banjir teruk tetapi mereka yang tinggal di kawasan sungai mengalir masuk di Pulau Mud.
Banjir menenggelamkan rumah-rumah di sepanjang pinggir sungai dan semalam, air sungai melimpahi beg-beg pasir yang dibina di sekeliling sebuah kondominium.
Namun, mercu tanda muzik Graceland dan Sun Studios di Jalan Beale tidak terjejas.
Ia merupakan banjir terbesar di lembah Mississippi sejak 1937 dan air sungai itu di beberapa kawasan meningkat melebihi rekod sebelum ini.
Home
»
Dunia Alam
»
Menakjubkan! Rumah di Perkampungan di Mississippi Tidak Akan Tenggelam Walaupun Banjir.
popular post
-
Dengan kemajuan teknologi ketika ini, banyak negara yang mempunyai akses internet yang sangat cepat. Salah satunya adalah negara Rusia. D...
-
Apabila anjing terkunci di luar pintu, biasanya mereka akan menyalak atau menggaru pintu. Namun, seekor anjing jenis Akita ini rupanya leb...
-
Seorang lelaki berasal dari Ukraine bernama Valery Smagily mendakwa mempunyai bulu mata yang paling lentik di dunia. Bahkan, Valery banya...
-
Sekilas pandang anda mungkin mengagak gumpalan air jernih itu adalah makanan. Namun, tompok yang menyerupai titisan air itu adalah moc...
-
Tidak boleh dibayangkan bagaimana seseorang hidup sendirian tanpa berinteraksi dengan orang lain. Namun, lelaki bernama Liu Shengjia ini ...
-
Satu pokok gurun iaitu Rose of Jericho yang kelihatan seperti gumpalan tumbuhan kering kembali hidup semula selepas ia ditempatkan di dal...
-
Foto ilusi memang sering mengundang rasa kagum serta menjadi sebuah misteri yang harus diselesaikan bagi siapa saja yang menglihatnya. ...
-
Gerewol adalah satu pertandingan ritual tahunan di kalangan rakyat Wodaabe Fula Niger. Anak-anak muda yang memakai hiasan rumit dan terdi...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Menakjubkan! Rumah di Perkampungan di Mississippi Tidak Akan Tenggelam Walaupun Banjir."